Wednesday 7 December 2011

web browser..

firefox_iegoogle-chrome-logo-711569
Pelayar web atau browser adalah aplikasi penting untuk melayari internet. Pelayar web menterjemahkan bahasa-bahasa pengaturcaraan web kepada antaramuka grafik yang dapat difahami pelayar internet. Ketika awal kemunculan internet, apa yang terpapar di pelayar web ketika itu hanyalah simbol-simbol dan huruf dan tiada sebarang grafik dipaparkan.
Sejarah pelayar web yang menyokong paparan grafik bermula pada tahun 1993 dengan kemunculan pelayar web Mosaic. Mosaic merupakan pelayar web pertama yang menyokong paparan grafik. Pelayar web Mosaic banyak mempengaruhi reka bentuk dan fungsi pelayar web yang wujud pada hari ini. Mosaic telah digunakan pada sistem operasi Windows dan Mac pada awal kemunculannya.
Pada 1994, kemunculan pelayar web Netscape telah menenggelamkan populariti Mosaic dan Netscape Navigator telah menjadi pelayar web yang popular ketika itu mengatasi Internet Explorer yang dibangunkan Microsoft. Namun begitu, pada tahun 1995, Microsoft telah mengambil langkah drastik dengan mengintegrasi sistem operasi Windows dengan Internet Explorer yang telah merubah penggunaan pelayar web. Sejak dari itu, Internet Explorer telah menjadi pelayar web utama bagi pelayar-pelayar internet di seluruh dunia hingga ke hari ini.
Bagi Netscape pula, setelah tewas kepada persaingan Internet Explorer, Netsacpe telah mewujudkan Yayasan Mozilla yang telah membangunkan Firefox bagi menggantikan Pelayar Web Netscape yang telah dihentikan pengeluarannya pada hari ini. Mozilla Firefiox merupakan pelayar sumber terbuka yang semakin diminati pelayar web ketika ini dan berada di kedudukan kedua selepas Internet Explorer dari segi jumlah pengguna.
Pelayar-pelayar lain yang popular di kalangan pengguna ialah Opera dan Google Chrome. Opera dibangunkan oleh Open Software Company manakala Chrome dibangunkan oleh enjin carian yang terkenal, Google. Google juga sedang membangunkan sistem operasi yang berasaskan pelayar web Chrome yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Di bawah adalah statistik penggunaan pelayar web yang diperoleh dari Wikipedia:
600px-Web_browser_usage_share.svgInternet Explorer (58.69%)Mozilla Firefox (28.04%)Google Chrome (5.63%)Safari (4.97%)Opera (2.05%)Other (1.32%)
Dari segi pengalaman, saya mula menggunakan Internet Explorer sebagai pelayar web utama saya bermula pada tahun 1999. Ini kerana ketika itu saya masih lagi tidak didedahkan kepada kewujudan pelayar web lain selain dari Internet Explorer. Namun pada tahun 2001, saya telah mula mengenali Netscape Navigator dan telah mula menggunakan Netscape sebagai pelayar. Namun Internet Explorer masih menjadi pilihan saya ketika itu kerana ciri-ciri Netscape yang bagi saya tidak mesra pengguna.
Setelah begitu lama dengan Internet Explorer, saya mendapati pelayar ini mempunyai begitu banyak masalah. Antara masalah yang kerap terjadi ialah pelayar tersekat ketika melayari internet, masalah virus yang mudah memasuki komputer melalui Internet Explorer dan masalah kestabilan. Pada 2006, saya telah berkenalan dengan Mozilla Firefox yang menjadi buah mulut pengguna internet ketika itu dari segi kestabilan dan mesra pengguna. Sejak dari itu saya telah mula menggunakan Mozilla Firefox sebagai pelayar web utama saya dan Internet Explorer telah menjadi sejarah bagi saya. Apa yang menarik, Firefox adalah sumber terbuka dan banyak aplikasi-aplikasi tambahan yang dibangunkan bagi menyokong Firefox. Antara yang popular adalah plugin yang menambah ciri-ciri fungsi firefox seperti muat turun, kepantasan pelayar dan sebagainya. Firefox juga diintegrasikan dengan penyemak ejaan bahasa inggeris jika kita menulis sesuatu pada pelayar tersebut.
Ketika ini, saya masih setia meggunakan pelayar Mozilla Firefox walaupun kemunculan Google Chrome telah mula menggugat penggunaan Firefox sebagai pelayar web. Google Chrome masih lagi baru dan berdsarkan pengalaman saya, terdapat beberapa aplikasi web yang tidak disokong oleh Chrome terutama web-web  yang mempunyai video secara flash.
Itulah serba sedikit ulasan saya mengenai pelayar web. Mungkin anda ada pengalaman tersendiri dengan pelayar web pilihan anda.

No comments:

Post a Comment